8.2.3 Ukuran Asas, Praktis Berformat PT3


Soalan 11:
George bertolak ke Kuantan dari Kuala Lumpur pada pukul 9.30 a.m. Dia singgah di sebuah stesen untuk berehat selama 45 minit. Kemudian, dia meneruskan perjalanannya dan tiba di destinasi pada pukul 3.45 p.m. Berapa lamakah tempoh bagi George di atas jalan raya.

Penyelesaian:
Tempoh bagi George di atas jalan raya
= (1545 – 0930) – 0045 ← [3.45 p.m. tukar kepada sistem 24-jam = 1545 (1200 + 0345)]
= 0615 – 0045
= 0530
= 5 jam 30 minit


Soalan 12:
Rita mula membuat kerja rumah pada pukul 8.25 pagi. Kemudian dia berehat selama 45 minit untuk bersenaman dan ½ jam untuk makan tengahari. Jika Rita menghabiskan kerjanya pada pukul 4.45 petang pada hari yang sama, berapa lamakah dia menyiapkan kerja rumahnya?

Penyelesaian:
Tempoh bagi Rita menyiapkan kerja rumahnya
= (1645 – 0825) – (0030 + 0045) ← [4.45 p.m. = 1645 (1200 + 0445)]
= 0820 – 0115
= 0705
= 7 jam 5 minit


Soalan 13:
Roslan menghadiri suatu kelas tuisyen selama 2½ jam. Kelas tersebut bermula pada pukul 7.15 p.m. Kelas itu ditamatkan 35 minit lebih awal disebabkan bekalan elektrik terputus.
Pada pukul berapakah kelas itu ditamatkan?

Penyelesaian:
Kelas ditamat pada pukul
= (1915 + 0230) – 0035 ← [7.15 p.m. = 1915 (1200 + 0715)]
= 2145 – 0035
= 2110 → (9.10 p.m.)


Soalan 14:
Sebuah kapal terbang berlepas dari Kuala Lumpur ke Singapura pada pukul 2.45 p.m. Pada kebiasaannya, penerbangan itu mengambil masa selama 55 minit. Kapal terbang itu terlewat dan mendarat di Singapura pada pukul 4.50 p.m.
Berapa lamakah, dalam minit, kapal terbang itu terlewat?

Penyelesaian:
Jangkaan waktu ketibaan
= 2.45 p.m. + 55 minit
= 3.40 p.m.

tempoh masa terlewat
= 4.50 p.m. – 3.40 p.m.
= 1 jam 10 minit
= 70 minit


Soalan 15:
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu mengambil masa 1 jam 45 minit.
Penerbangan Jacky dijadualkan pada pukul 2.15 p.m. tetapi tertunda selama 50 minit.
Pukul berapakah, dalam sistem 24-jam, dia akan tiba di Kota Kinabalu?

Penyelesaian:
2.15 p.m. = 1415 jam
Waktu berlepas yang sebenar
= 1415 jam + 50 minit
= 1505

Waktu ketibaan di Kota Kinabalu
= 1505 + 0145
= 1650

Leave a Comment