8.2.1 Ukuran Asas, Praktis Berformat PT3


Soalan 1:
Karen mempunyai 18 m reben untuk mengikat 16 keping coklat dan 28  kotak gula-gula. Sekeping coklat memerlukan 24 cm reben dan sekotak gula-gula memerlukan 38 cm reben.
Hitung panjang, dalam m, baki reben itu.

Penyelesaian:
Panjang reben diperlukan
= (16 × 24 cm) + (28 × 38 cm)
= 384 cm + 1064 cm
= 1448 cm
= 14.48 m

Panjang baki reben
= 18 m – 14.48 m
= 3.52 m


Soalan 2:
Panjang seutas tali merah ialah 4 m 80 cm. Panjang seutas tali coklat adalah  daripada panjang tali merah itu. Panjang seutas tali hitam adalah dua kali panjang tali coklat itu.
Hitung jumlah panjang, dalam m, tali coklat dan tali hitam itu.

Penyelesaian:
Panjang seutas tali coklat = 2 3 ×4 m  80 cm = 2 3 ×4.8 =3.2 m Panjang seutas tali hitam =2×3.2 m =6.4 m Jumlah panjang=3.2 m+6.4 m =9.6 m


Soalan 3:
Kelly mempunyai 13 m kain. Dia menggunakan kain itu untuk membuat 6 helai langsir dan 4 helai alas meja. Setiap helai langsir memerlukan 1.25 m kain dan setiap helai alas meja memerlukan 90 cm kain.
Berapakah panjang, dalam m, baki kain itu?

Penyelesaian:
Panjang kain yang digunakan untuk membuat langsir
= 6 × 1.25 m
= 7.5 m

Panjang kain yang digunakan untuk membuat alas meja
= 4 × 90 cm
= 360 cm
= 3.6 m

Panjang baki kain itu
= 13 – 7.5 – 3.6
= 1.9 m



Soalan 4:
Seutas tali dengan panjang 6 m 30 cm digunting dalam ukuran 1.6 m, 96 cm dan bakinya dalam dua bahagian yang sama panjang. Cari panjang baki setiap bahagian, dalam cm.

Penyelesaian:
(6 m 30 cm – 1.6 m – 96 cm) ÷ 2
= (630 cm – 160 cm – 96 cm) ÷ 2
= 374 cm ÷ 2
= 187 cm

 

Leave a Comment