5.2.1 Peratusan, Praktis Berformat PT3


Soalan 1:
Rahman membeli sebuah rumah dengan harga RM180 000. Harga pasaran rumah meningkat sebanyak 15 % setahun. Selepas setahun, Rahman menjual rumahnya dengan harga RM 205 000.
Adakah harga jualan lebih tinggi berbanding harga pasaran? Tunjukkan pengiraan anda.

Penyelesaian:
Harga pasaran =115%×RM180 000 = 115 100 ×RM180 000 =RM207 000 RM207 000>RM205 000 Harga pasaran rumah adalah lebih tinggi daripada harga jualan rumah.


Soalan 2:
Sebuah syarikat mendapat keuntungan RM 50 000 pada tahun 2016. Unjuran peningkatan keuntungan adalah tetap sebanyak 20 % daripada tahun sebelumnya.
Ramalkan keuntungan syarikat tersebut pada tahun 2018.

Penyelesaian:
Keuntungan pada tahun 2017 =RM50 000× 120 100 =RM60 000 Profit in year 2018 =RM60 000× 120 100 =RM72 000


Soalan 3:
Sharon ingin membeli sebuah kereta yang berharga RM 78 500. Ayahnya memberi wang sebanyak 30 % daripada harga itu. Deposit bagi kereta itu ialah 1 5 daripada harga kereta tersebut.
Adakah pemberian wang daripada ayahnya mencukupi untuk membayar deposit kereta itu? Berikan pendapat anda bersama jalan pengiraan.

Penyelesaian:
30% harga kereta yang diberi oleh ayahnya = 30 100 × RM 78500 =RM 23550 Deposit bagi kereta yang diperlukan = 1 5 × RM 78500 =RM 15700 RM 23550> RM 15700, oleh itu wang yang diberi oleh ayahnya adalah mencukupi untuk bayar deposit kereta.


Soalan 4:
Keuntungan bagi Syarikat P dan Syarikat Q pada bulan March masing-masing ialah RM38 000 dan RM48 000. Pada bulan April, keuntungan Syarikat Q bertambah 20%.
Diberi keuntungan kedua-dua syarikat adalah sama pada bulan April, cari peratus penurunan keuntungan Syarikat Q.

Penyelesaian:
Keuntungan Syarikat P pada bulan April = 120 100 ×38000 =RM45600 Penurunan keuntungan Syarikat Q =RM48000RM45600 =RM2400 Peratus penurunan keuntungan = 2400 48000 ×100% =5%


Soalan 5:
Suatu syarikat membuat biskut memerlukan 200 tan tepung pada setiap bulan. Kilang K membekalkan 80 tan, dan selebihnya dibekalkan oleh Kilang M. Pada bulan tertentu, Kilang K mengalami masalah menyebabkan ia terpaksa mengurangkan pengeluarannya sebanyak 15%.
Cari jumlah peratus pengeluaran tepung bagi Kilang M untuk menampung keperluan syarikat biskut tersebut.

Penyelesaian:
Bekalan baru tepung dari Kilang K = 85 100 ×80 =68 tan Bekalan baru tepung dari Kilang M =20068 =132 tan Jumlah peratus pengeluaran tepung bagi Kilang M = 132 120 ×100% =110%

Leave a Comment